Tuesday 28 June 2011

Kejohanan Olahraga Tahunan

Selepas memenangi acara larian Februari lepas, Tun Mahathir (TM) gagal untuk menyekat Tun Razak (TR) daripada menjadi johan keseluruhan Sukan Olahraga Tahunan SMKCE.

Perasmian telah diadakan pada hari Rabu (22 Jun 2011) dengan acara perbarisan rumah sukan dan badan-badan beruniform. Selain itu terdapat juga acara menghias khemah dan beberapa acara olahraga iaitu 100 meter dan juga lari berganti-ganti. Pada hari tersebut juga terdapat beberapa acara untuk guru-guru lelaki. Dalam acara 4 x 50 lari berganti, pasukan Urusetia telah menewaskan pasukan lain apabila 'menipu' dengan membuat larian menggunakan baton tambahan yang disorokkan di dalam saku seluar. Manakala acara 'tolak tali' pula dimenangi oleh pasukan yang diketuai oleh PK Pentadbiran.


Setelah TM memenangi beberapa acara balapan seperti lari 100 meter dan lari berganti-ganti pada hari perasmian, TR mengambil alih tempat teratas dengan menjuarai beberapa acara padang seperti lompat jauh, lompat tinggi dan melontar peluru yang diadakan pada minggu berikutnya. TM, yang tewas dalam acara perbarisan dan juga menghias khemah, seperti dijangka memenangi acara pasukan sorak yang diumumkan keputusannya pada hari Sabtu (2 Julai 2011).  




Acara 'tolak tali'




Olahragawati Harapan

Cikgu Norazlin dan Cikgu Adnan menerima piala pusingan

Juara Pasukan Sorak - Tun Mahathir

Juara Keseluruhan - Tun Razak