Larian serentak 1 Murid 1 Sukan yang diadakan di seluruh negara telah melanda SMKCE. Larian bermula seawal jam 7.45 merupakan acara yang bakal dinobatkan di dalam
Buku Rekod Malaysia.
Seramai lebih kurang 1500 orang murid dan juga guru telah berlari menggunakan trek sejauh 5 kilometer. Pelepasan dilakukan oleh PK Hal Ehwal Murid, Tn. Hj. Rasid bin Ali. Larian berakhir sejam kemudian disusuli oleh acara Senamrobik yang diketuai oleh guru-guru praktikal Cikgu Nur Aini, Cikgu Roshashimah dan Cikgu Amalina.