Saturday 3 March 2012

Larian SMKCE 2012

Tahun ini larian SMKCE diadakan lagi walaupun hujan turun rintik-rintik. Format markah adalah berbeza berbanding tahun lepas. Hanya 10 peserta setiap kategori mendapat markah mengikut giliran beserta sijil, manakala peserta ke-11 hingga ke-40 hanya mendapat 1 mata bagi rumah sukan masing-masing. 

Majlis dimulakan dengan ceramah kesihatan yang disampaikan oleh anak Tuan Pengetua, Dr. Siti Sara binti Yaacob bertajuk 'Penjagaan Kesihatan dari Kacamata Islam' disertai oleh pelancaran Minggu Kesihatan oleh Prof. Madya Dr. Rosli bin Abdullah, Pensyarah HUSM, Kubang Kerian.

Sebelum larian, satu sesi pemanasan badan diadakan. Peserta-peserta dibahagikan mengikut kategori iaitu C untuk tingkatan 1 dan 2, B (tingkatan 3 dan 4) dan A (tingkatan 5 dan 6). Peserta dilepaskan mengikut kategori-kategori berikut: Perempuan C, B dan A diikuti Lelaki C, B dan A.

Akhirnya, rumah Tun Mahathir mengekalkan kejuaraan larian yang dimiliki pada tahun lepas mengatasi Tun Hussein, Tun Razak dan juga Tun Abdul Rahman