Sunday 1 February 2015

Larian SMKCE 2015

Larian SMKCE akan diadakan pada tahun ini bertujuan mencari bakat baru untuk mewakili sekolah dalam kejohanan olahraga. Larian ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 12 Februari 2015 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi

Beberapa latihan telah diadakan pada minggu lepas dan juga minggu ini untuk memastikan para pelajar berada dalam tahap yang terbaik. Latihan pada hari Isnin (2 Februari 2015) adalah untuk rumah Tun Abdul Razak dan Tunku Abdul Rahman manakala latihan pada hari Selasa (3 Februari 2015) adalah untuk rumah Tun Hussein dan Tun Mahathir. Sementara itu, latihan pada hari Isnin (9 Februari 2015) adalah untuk semua rumah sukan.